Grooming adalah salah satu aspek penting dalam penjagaan kucing yang sering kali diabaikan oleh cat parents. Selain daripada menjaga kebersihan kucing, grooming juga membantu dalam mengesan masalah kesihatan seperti parasit, jangkitan kulit, atau ketulan yang tidak normal.
Proses ini melibatkan menyikat bulu, memotong kuku, membersihkan telinga, dan dalam sesetengah kes, memberi kucing mandi. Dengan grooming yang berkala, kucing bukan sahaja kelihatan lebih terurus, tetapi juga lebih sihat dan ceria dalam menjalani kehidupan sehariannya.
1. Menyikat Bulu
Menyikat bulu kucing bukan sahaja membantu mengurangkan bulu gugur tetapi juga mengelakkan bulu bergumpal yang boleh menyebabkan ketidakselesaan. Bulu bergumpal, ataupun umum dikenali sebagai hairball seringkali terjadi lebih-lebih lagi kucing berbulu panjang. Dengan menyikat bulu secara berkala, pemilik dapat mengesan masalah kulit kucing untuk tanda-tanda masalah seperti fungus dan kurap. Penggunaan sikat yang sesuai, seperti sikat logam untuk bulu panjang atau sikat berbulu lembut untuk bulu pendek membantu mengurangkan keguguran bulu dan memelihara kesihatan kulit kucing.
Menyikat bulu kucing menggunakan sikat logam.
Menyikat bulu kucing menggunakan sikat silikon.
2. Kebersihan Telinga
Menjaga kebersihan telinga kucing adalah penting untuk mengelakkan jangkitan bakteria, ketidakselesaan dan masalah pendengaran. Jika telinga kucing tidak dibersihkan dengan baik, ia boleh menyebabkan gejala earmites seperti kucing kerap menggaru telinga, tahi telinga menjadi hitam dan keras serta telinga mereka akan cepat kotor meskipun sering dibersihkan. Untuk memastikan telinga kucing sentiasa bersih, cat parents boleh bersihkan telinga mereka secara berkala dengan produk yang sesuai dan bawa kucing untuk pemeriksaan lanjut di klinik veterinar.
Salah satu contoh kucing yang dijangkiti kurap di bahagian telinga.
3. Kebersihan Gigi
Bagi mengelakkan masalah kesihatan mulut, cat parents juga perlu mengambil berat tentang penjagaan gigi kucing. Dengan rutin penjagaan yang baik, banyak penyakit yang dapat dihindari seperti penghasilan plak dan tartar serta masalah gusi. Cara terbaik adalah dengan memberus gigi secara berkala dan membawa kucing untuk pemeriksaan gigi di klinik veterinar. Penjagaan yang konsisten memastikan kesihatan mulut kucing sentiasa dalam keadaan yang baik dan mereka boleh makan dengan selesa.
Sebelum scaling gigi.
Selepas scaling gigi.
4. Kebersihan Kuku dan Badan
Memotong kuku adalah penting untuk mengelakkan kuku tumbuh terlalu panjang dan menyebabkan ketidakselesaan kepada kucing. Selain itu, ianya berpotensi untuk mencederakan dirinya serta cat parents. Manakala bulu yang kotor boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan parasit. Memotong kuku secara berkala dan menyikat bulu kucing membantu mencegah masalah ini serta mengurangkan penumpukan kotoran. Selain itu, untuk memandikan kucing pula, tidak perlulah terlalu kerap, ia hanya untuk memastikan kulit dan bulu kucing dalam keadaan bersih dan sihat.
Si bulus selepas grooming kelihatan selesa dan lebih bersih.
Grooming secara berkala adalah kunci untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan kucing anda terjaga. Dengan menjaga rutin grooming yang baik, anda dapat memastikan kucing anda sentiasa selesa dan sihat. Untuk memberikan penjagaan terbaik, dapatkan perkhidmatan grooming di semua cawangan Tuahvet berhampiran anda. Hubungi kami hari ini untuk membuat temujanji dan beri kucing anda penjagaan yang mereka perlukan!