Apa Rahsia di Balik Mikroskop?

Kalau saintis gunakan mikroskop untuk tengok mikroorganisma virus dan bakteria, veterinar pula guna untuk periksa kesihatan si bulus kesayangan anda. Ini yang doktor boleh nampak:

1. Batu Kristal

Kristal? Ya lebih dikenali sebagai Kristal Struvit ditemui dalam saluran kencing kucing, kristal ini biasanya berkaitan dengan masalah batu karang. Ia boleh menyebabkan kesakitan dan kesukaran membuang air kecil, dan dikesan melalui analisis air kencing di bawah mikroskop.

Microscopic view of struvite crystals

Rajah 1: Kristal struvit di bawah mikroskop dengan magnification lens 5-10x.

2. Kurap Kucing

Kurap mudah ditemui pada kawasan kulit yang terdedah seperti cuping telinga dan paw si bulus. Ciri-ciri kurap termasuk keguguran bulu dan keruping yang jelas. Untuk mendapatkan kepastian, doktor akan mengambil sampel kulit dan periksa di bawah mikroskop untuk mengesan kehadiran kulat penyebab kurap.

Rajah 2: Kurap kucing di bawah mikroskop dengan magnification lens 5-10x.

3. Sporo

Jangkitan Sporotrichosis ditemui pada kulit kucing yang cedera atau tercalar. Ia menyebabkan luka-luka kecil yang sukar sembuh dan boleh menjadi kronik. Sampel luka diambil dan diperiksa di bawah mikroskop untuk mengesan kehadiran kulat ini. Jangan pandang enteng berkenaan jangkitan sporo ya cat parents semua. Ia boleh berjangkit kepada manusia!

Microscopic view of Sporotrichosis in cat

Rajah 3: Sporo di bawah mikroskop dengan magnification lens 100x.

4. Kutu Kucing

Kutu adalah parasit yang hidup pada kulit dan bulu kucing, menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan. Walaupun kutu boleh dilihat dengan mata kasar, doktor veterinar akan menggunakan mikroskop untuk memeriksa sampel kulit atau bulu untuk pengesahan lebih lanjut.

Microscopic view of cat fleas mites

Rajah 4: Kutu kucing di bawah mikroskop dengan magnification lens 5-10x.

5. Hama Telinga

Ditemui dalam telinga kucing, hama ini boleh menyebabkan rasa gatal yang kuat dan pengeluaran cecair berwarna gelap. Sampel cecair dari telinga kucing akan diperiksa di bawah mikroskop untuk mengesan kehadiran hama ini.

Rajah 5: Hama telinga di bawah mikroskop dengan magnification lens 5-10x.

Tak pasti sama ada anak bulus hampa sihat dari semua penyakit ini? Jom bawa mereka ke veterinar berhampiran untuk pemeriksaan berkala dalam memastikan si bulus anda sentiasa sihat!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Hi, apa yang boleh saya bantu?