Pada 21 Januari 2026, Tuahvet telah mengadakan Townhall yang bertemakan Nurturing People, Developing Future: Resource Optimisation. Acara yang amat bermakna ini berlangsung di Dewan Syarahan, Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang. Acara ini menjadi platform utama untuk seluruh pasukan Tuahvet memahami hala tuju organisasi serta merancang langkah-langkah strategik bagi tahun 2026.



Sesi dimulakan oleh Pengarah Urusan Tuahvet, Dr. Farhah Zaidar, yang membentangkan prestasi keseluruhan Tuahvet sehingga tahun 2025. Beliau berkongsi tentang pencapaian Tuahvet dari sudut kewangan serta perkembangan digital dari tahun yang lalu. Seterusnya, Pengerusi Tuahvet, Dr. Abdul Muhaimin, membincangkan tentang Optimization Payoff. Beliau menekankan tentang setiap pekerja Tuahvet perlu fokus dalam memilih keutamaan supaya tidak lari dari landasan untuk menuju ke arah yang lebih baik serta mengamalkan sikap kerja "Work Hard, Work Smart". Perkongsian ini menjadi kesinambungan kepada perkongsian terdahulu oleh Dr Farhah Zaidar.
Bagi aspek kewangan, Jabatan Akaun dan Kewangan, yang diketuai oleh Cik Hasmaliza, membentangkan prestasi kewangan syarikat dengan jelas dan teliti. Pembentangan ini memberikan gambaran penting tentang arah tuju kewangan yang kukuh untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan Tuahvet.
Di samping itu, Jabatan Operasi, yang dipimpin oleh Dr. Muhammad Syazani, pula berkongsi tentang penerapan mindset baharu dalam pasukan. Fokusnya adalah memperkemaskan proses dalaman bagi melancarkan lagi perjalanan pelanggan dari awal hingga akhir. Hal ini adalah untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada semua pelanggan pesakit dan cat parents Tuahvet.
Seterusnya, program diteruskan dengan perkongsian halatuju pemasaran Tuahvet oleh Puan Siti Suhaiba dari Jabatan Pemasaran dan Komunikasi, bersempena dengan tahun ke-10 Tuahvet tahun ini. Pelbagai program dirancang dalam meraikankomuniti yang sudah 10 tahun menyokong Tuahvet. Perkongsian ini menunjukkan bagaimana semua jabatan adalah saling berkait untuk memastikan pertumbuhan jenama dengan lebih baik, oleh itu kerjasama antara satu sama lain adalah penting.
Sementara itu, Jabatan Sumber Manusia, yang diwakili oleh Tuan Fairuz Nizam, turut menyentuh tentang peluang perjalanan membina kerjaya dan akan terus komited untuk membantu dalam menggilap bakat serta potensi setiap ahli pasukan agar mereka dapat berkembang maju di Tuahvet. Fokusnya adalah merancang latihan dan peluang peningkatan kemahiran untuk ahli pasukan, menjadikan Tuahvet platform yang terus mengasah potensi insan, selari dengan tema mengoptimumkan sumber dan pembangunan masa depan.




Sebagai penutup, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh pasukan Tuahvet atas komitmen, dedikasi, dan semangat yang tidak pernah luntur. Dengan hala tuju yang jelas, strategi yang tersusun, dan kerjasama semua pihak, kami yakin tahun 2026 akan menjadi tahun yang lebih gemilang bagi Tuahvet dalam terus membina masa depan yang cemerlang untuk pasukan, pelanggan, serta komuniti setempat
𝗧𝘂𝗮𝗵𝘃𝗲𝘁 - 𝘈 𝘊𝘢𝘵 𝘍𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥𝘭𝘺 𝘝𝘦𝘵𝘦𝘳𝘪𝘯𝘢𝘳𝘺 𝘊𝘭𝘪𝘯𝘪𝘤
