
Tuahvet Glam & Glitz 2025 ![]()
Setiap tahun, Tuahvet menganjurkan program makan malam- Tuahvet Annual Dinner sebagai tanda penghargaan dan meraikan seluruh team Tuahvet atas dedikasi dan usaha mereka sepanjang tahunselari dengan nilai Appreciate.Tahun ini, majlis berlangsung di Crowne Plaza Penang Straits City, sebuah lokasi yang elegan dan sempurna dengan tema malam iaitu Glam & Glitz. Majlis berjaya menghimpunkan hampir semua staf Tuahvet dari setiap cawangan serta menjadikan suasana lebih hangat dan meriah.

Tema Glam & Glitz jelas terpancar melalui busana mewah dan elegan yang digayakan oleh para tetamu, menjadikan malam tersebut bukan sahaja formal tetapi juga penuh glamor. Photobooth oleh Ruang Kenangan turut disediakan, lengkap bersama polaroid strip, membolehkan tetamu merakam momen indah semasa Tuahvet Annual Dinner ini.

Acara malam dihiburkan dengan persembahan seni tarian yang memukau olehpara pelajar SMK Permatang Tok Jaya, Butterworth. Tarian Piring dan Canggung, yang dipersembahkan berjaya memikat hati para tetamu yang hadir.

Sementara itu, Tuan Kasman telah memukau para hadirin dengan persembahan instrumen saksofon telah menampilkan lagu-lagu yang santai dan terkini. Alunan muzik beliau menghiburkan tetamu yang hadir semasasesi jamuan dijalankan, menjadikan suasana makan malam lebih meriah.

Selain hiburan, majlis turut menampilkan sesi cabutan bertuah dan pengumuman Tuahvet Annual Award, yang menjadi detik yang paling dinanti-nantikan oleh semua. Sebanyak 23 hadiah cabutan bertuah disediakan, dengan tiga hadiah utama iaitu:

Scooter Electric

Portable Aircond

Dashcam
Perjalanan majlisipandu dengan lancar oleh pengacara DJ Olie, yang berjaya mengekalkan kemeriahan sepanjang program Setiap detik malam itu juga dirakam dengan rapi oleh Zarif Zaimi dan pasukan yang memastikan kenangan indah malam tersebut kekal diabadikan dan dikenang oleh semua yang hadir.
Penghargaan setinggi-tingginya diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus di sebalik tabir, termasuk AJK Pendaftaran, AJK Hadiah, Floor Manager, dan AJK Multimedia. Tanpa komitmen mereka, majlis yang gah, teratur, dan penuh glamor ini tidak mungkin berjalan dengan lancar.
Malam Tuahvet Glam & Glitz 2025 bukan sahaja menjadi malam meraikan kejayaan dan dedikasi pasukan, tetapi juga malam yang menyatukan semua staf dalam suasana penuh kehangatan, keindahan, dan dijadikan kenangan terindah untuk semua. Nantikan post khas seterusnya untuk pengiktirafan penerima Tuahvet Award.
𝗧𝘂𝗮𝗵𝘃𝗲𝘁 - 𝘈 𝘊𝘢𝘵 𝘍𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥𝘭𝘺 𝘝𝘦𝘵𝘦𝘳𝘪𝘯𝘢𝘳𝘺 𝘊𝘭𝘪𝘯𝘪𝘤










