Setiap tahun, Tuahvet Award diraikan untuk menghargai insan-insan luar biasa yang mencerminkan semangat, dedikasi, dan budaya Tuahvet.
Malam yang penuh kegemilangan ini menjadi pentas penghargaan buat mereka yang sentiasa belajar, bekerjasama tanpa henti, serta yang bekerja di belakang tabir memastikan operasi berjalan lancar.
Mari kita raikan para pemenang yang menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja Tuahvet!
Tuahvet Spirit Award ![]()
Penerima membawa pulang Habib Jewels Gold Bar 999 1g bernilai RM700. Anugerah pertama ini melambangkan jiwa dan budaya Tuahvet.
Ia bukan tentang jawatan atau senioriti tetapi tentang sikap saling menghormati, nilai bekerjasama dan sentiasa melakukan yang terbaik dalam bekerja setiap hari.
Penerima anugerah ini mencerminkan semangat Tuahvet yang sebenar.
Tahniah Dr. Muqles Rozman, Dr. Syifa Atiqah Yeoh dan juga Puan Nur Fatin Ezeaty ![]()



Tuahvet Crisis Hero Award ![]()
Penerima membawa pulang Habib Jewels Gold Bar 999 1g bernilai RM700. Anugerah ini diberikan kepada insan yang meskipun dalam situasi genting dan penuh tekanan, beliau kekal tenang, fokus dan boleh diharap.
Keberanian serta ketegasan beliau memberi keyakinan kepada pasukan dan memberi harapan kepada pesakit.
Tahniah Dr. Dhiya Athirah ![]()

Tuahvet Knowledge Hunter Award ![]()
Penerima membawa pulang Habib Jewels Gold Bar 999 1g bernilai RM700
Anugerah ini diberikan kepada individu yang tidak pernah berhenti belajar. Sentiasa ingin tahu, sentiasa bertanya, dan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran.
Kerana bagi beliau, belajar adalah satu perjalanan yang berterusan.
Tahniah Puan Aisyah Nadhirah ![]()

Tuahvet Team Player of the Year ![]()
Penerima membawa pulang Habib Jewels Gold Bar 999 1g bernilai RM700.
Individu yang dipilih ini adalah orang yang sentiasa ada untuk pasukan. Mudah bekerjasama, ringan tulang membantu, dan sentiasa meletakkan kepentingan pasukan melebihi diri sendiri.
Tahniah Tuan Ahmad Syazwan ![]()

Tuahvet Cleanliness & Standard Champion ![]()
Penerima membawa pulang Habib Jewels Gold Bar 999 1g bernilai RM700. Kualiti kerja bermula dengan disiplin dan standard yang tinggi.
Penerima anugerah ini sentiasa memastikan kebersihan, susunan dan pematuhan SOP berada pada tahap terbaik. Kerana baginya, kualiti bukan pilihan tetapi tanggungjawab.
Tahniah Cik Aina Nadhirah ![]()

Tuahvet Rising Star Award ![]()
Penerima membawa pulang Habib Jewels Gold Bar 999 1g bernilai RM700.
Anugerah ini diberikan kepada individu yang menunjukkan perkembangan paling ketara sepanjang tahun.
Dalam tempoh yang penuh cabaran, beliau telah menunjukkan potensi besar, keyakinan tinggi, dan komitmen yang luar biasa.
Tahniah diucapkan buat Dr. Syalina ![]()

Tuahvet Loyalty Award ![]()
Penerima membawa pulang Masdora Jewellery 1/2 Dinar (2.125g) bernilai RM1400.
Anugerah ini adalah tanda penghargaan tertinggi kepada mereka yang telah setia bersama Tuahvet genap 5 tahun di tahun 2025.
Kesetiaan mereka bukan sekadar tentang tempoh masa, tetapi tentang kepercayaan, pengorbanan, dan komitmen yang berterusan.
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, tahniah diucapkan kepada Tuan Mohd Azim, Dr. Aisyah dan Puan Fatin Ridwana ![]()



Tuahvet Behind the Scene Warrior Award ![]()
Penerima membawa pulang Masdora Jewellery 1/2 Dinar (2.125g) bernilai RM1400.
Anugerah terakhir ini adalah untuk individu yang bekerja jauh dari perhatian, namun memberi impak besar kepada kelancaran operasi Tuahvet.
Dengan dedikasi, ketekunan, dan rasa tanggungjawab yang tinggi, beliau memastikan semua orang dapat bekerja dengan tenang. Tanpa banyak suara, tetapi jasanya sangat terasa.
Tahniah Cik Fatihah Aqilah ![]()

Semoga dengan penganugerahan ini dapat menjadi titik tolak inspirasi kepada seluruh warga Tuahvet serta membangkit semangat para pemenang untuk bersama-sama mencapai misi dan visi syarikat.
Tahniah diucapkan buat semua pemenang bagi Tuahvet Award 2025, jumpa lagi pada acara akan datang.