Tuahvet berpeluang untuk menyertai program Majestic Feline Fun Show yang berlangsung selama 2 hari pada 24 dan 25 Januari 2026 ini diadakan di Sunshine Bertam, Kepala Batas. Tuahvet sangat berbesar hati melihat kehadiran para pencinta kucing membuktikan bahawa minat terhadap si bulus semakin berkembang, sama ada melalui penyertaan pertandingan mahupun singgah ke booth Tuahvet.



Tuahvet juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, para peserta dan semua cat parents yang hadir memberi sokongan. Kami berharap semangat ini akan terus berpanjangan dan pada acara seterusnya, Tuahvet akan tampil dengan lebih banyak tawaran serta pengalaman untuk anda dan si bulus tersayang.





