A Cat Friendly Veterinary Clinic
  • Close
Loading...

Troli anda kosong pada masa ini


Subtotal :

RM 0.00
Tax included and shipping calculated at checkout

“Doktor, kucing saya hari ni nampak macam lemah sikit, diam saja.”

Seorang wanita masuk ke bilik konsultasi bersama dua orang anak kecil.

Di tangannya, seekor kucing oren yang comel. Badannya nampak besar, tapi bila dipegang, jelas terasa kurus dan tidak bermaya.

Perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah, telinga dan matanya kekuningan.

Nafasnya pula kelihatan sedikit berat.

Kucing yang mengalami jaundis selalunya kelihatan penat dan lesu, kerana sel darah merah yang membawa oksigen dalam badan berkurang.

Saya periksa seluruh badannya.

Hanya satu dua ekor kutu kelihatan melompat di bulunya.

Sedikit sahaja tetap cukup untuk membawa risiko besar.

Ramai tak tahu, kutu bukan sekadar menyebabkan gatal.

Kutu adalah pembawa parasit darah berbahaya, seperti Mycoplasma haemofelis, yang boleh menyerang dan memusnahkan sel darah merah kucing.

Bila parasit ini masuk ke dalam darah:

Sel darah merah akan pecah.

Oksigen tidak sampai ke tisu badan

Kucing jadi lemah, kuning, sesak nafas.

Dan dalam kes teruk, boleh membawa maut.

Saya teruskan dengan ujian darah.

Keputusannya;

Darah merah sangat rendah manakala bacaan darah putih masih normal.

Di bawah mikroskop, jelas sekali terlihat parasit melekat pada kebanyakan sel darah merah.

Untuk bacaan sebegini, rawatan paling cepat dan menyelamatkan nyawa ialah

Blood transfusion.

Alhamdulillah, Kuyap, hero resident kami terus bersedia menjadi penderma.

Proses berjalan lancar.

Tiga hari kemudian, si Oyen kembali ceria.

Nafasnya stabil, badannya lebih bertenaga, dan matanya kembali bercahaya.

Kes ini mengajak kita untuk ambil berat satu perkara penting;

Kutu yang nampak sedikit, boleh membawa parasit yang sangat berbahaya.

Pencegahan kutu secara konsisten bukan pilihan, tetapi keperluan.

Disclaimer: Cerita ini telah dipermudahkan penyampaiannya supaya mesej awareness dapat disampaikan dengan lebih jelas dan mudah difahami.

Lorem Ipsum Dolor Sir Amet

Lorem ipsum dolor, sit amet consectetur adipisicing elit. Iure quis aut, tempore nemo delectus veritatis vel inventore exercitationem nobis, explicabo quo nulla architecto iste eveniet in autem corporis optio labore?