Pyometra Kucing: Bahaya Senyap Dalam Rahim
"Yang kecil, itu rahim kucing normal
Yang besar, itulah rahim kucing yang dinamakan pyometra". Rujuk gambar.
Rahim yang tidak normal itu di panggil Pyometra.
Pyo = pus iaitu nanah
Metra = uterus iaitu rahim
Pyometra bermaksud, nanah dalam rahim. Yang terjadi akibat jangkitan bakteria yang berlaku selepas kitaran berahi (heat), apabila:
Hormon progesteron meningkat → rahim jadi tempat “best” untuk bakteria membiak
Rahim tidak dimandulkan → kitaran heat berulang-ulang tanpa henti
Serviks tertutup → nanah terkumpul dalam rahim, tak boleh keluar
Sistem imun lemah / umur makin meningkat → risiko makin tinggi
Lama-lama, rahim akan membesar, penuh nanah, dan boleh pecah.
Bila pecah, jangkitan merebak ke seluruh badan (sepsis).
Dan lebih memilukan, ini boleh meragut nyawa jika lambat dirawat.
Pyometra BUKAN sakit biasa.
Rawatan selamat selalunya hanya satu:
Pembedahan buang rahim (emergency spay).
Real talk:
Kita hanya boleh nampak kucing kita ada tanda tanda pyometra jika ada nanah keluar di bahagian kemaluan dia.
Tapi ada kes, yang mana tanda ini tidak kelihatan, kes pyo.etra yang tertutup. Ini lebih berbahaya.
Prevention is power
Mandulkan awal
Elak penderitaan
Selamatkan nyawa
Jimat kos jangka panjang
Kalau sayang, jangan tunggu sampai rahim jadi macam ni.
Mandul bukan kejam.
Lambat mandul — itu yang berisiko.
