Konsultasi

Tempoh rawatan: 15-30 minit (bergantung kepada keadaan kucing)

Sebagai pemilik kucing yang peka terhadap keadaan Si Comel, pasti ada kalanya anda mengalami situasi buntu apabila kucing anda mengalami masalah kesihatan yang belum pasti penyelesaiannya. 

 Tuahvet menyediakan perkhidmatan utama kami iaitu konsultasi kepada semua pelanggan kami dengan caj yang sangat berpatutan. Pemilik kucing dapat merujuk secara langsung dengan doktor veterinar di dalam bilik konsultasi dan mendapatkan nasihat serta rawatan lanjutan yang bersesuaian. 

 Apakah keadaan yang sesuai untuk mendapatkan konsultasi?

 Terdapat banyak situasi yang memerlukan perkhidmatan konsultasi seperti;

  • Pemeriksaan kesihatan berkala

  • Demam 

  • Kucing tidak selera makan

  • Masalah kutu/cacing

  • Kucing kurang aktif 

Serta pelbagai lagi yang dirasakan perlu untuk anda membawa Si Comel berjumpa doktor veterinar.  Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan konsultasi, segera dapatkan temujanji dengan hubungi kami di sini.

ADAKAH ANDA DOKTOR VETERINAR YANG KAMI CARI?

DAN ANDA SUKAKAN CABARAN?


Sertai pasukan kami dalam menyumbang kepada dunia penjagaan kucing.

Di Tuahvet, anda akan berpeluang untuk mengembangkan kebolehan merawat kucing dibantu oleh doktor veterinar yang berpengalaman beserta pelbagai kemudahan diagnostik selari dengan keperluan semasa. Mari bersama memberi impak positif kepada komuniti anak bulus di luar sana!

Hantarkan resume anda di hrtuahvet2023@gmail.com

This will close in 20 seconds

Buka SETIAP HARI : 10.00 pagi sehingga 7.00 malam | Rehat 1.30 tengah hari sehingga 3.00 petang.

X
Open chat
Hi, apa yang boleh saya bantu?