Vaksinasi

Tempoh rawatan: 10-15 minit

Vaksinasi merupakan antara keperluan utama sekiranya anda memelihara Si Comel di rumah. 


Kenapa perlu vaksin kucing peliharaan?

Fungsi vaksin adalah untuk meningkatkan imuniti kucing anda dalam melawan pelbagai jenis penyakit yang boleh membawa maut seperti hawar. 


Syarat-syarat untuk vaksinasi;

  1. Kucing berusia 2 bulan dan keatas dengan berat badan 1kg keatas 

  2. Tiada kematian kucing di kawasan sekitar rumah dalam tempoh tiga minggu sebelum kucing divaksin 

  3. Kucing sihat dan tidak mengalami demam 

  4. Kucing yang sedang menyusu/menyusukan anak tidak digalakkan untuk mengambil vaksin sehingga bercerai susu

  5. Bagi kucing yang di’adopt’, seeloknya divaksin hanya selepas satu minggu adoption


Apa yang perlukan dilakukan selepas kucing divaksin?

  • Perhatikan kucing anda, sekiranya ianya mengalami demam/tidak selera makan dalam tempoh seminggu selepas vaksin, boleh bawa semula ke klinik untuk pemeriksaan lanjut

  • Kucing tidak boleh dimandikan sekurang-kurang seminggu dari tempoh divaksin 


Jom lindungi kucing anda dengan mendapatkan suntikan vaksinasi di Tuahvet! 


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan vaksinasi, segera dapatkan temujanji dengan hubungi kami di sini.

ADAKAH ANDA DOKTOR VETERINAR YANG KAMI CARI?

DAN ANDA SUKAKAN CABARAN?


Sertai pasukan kami dalam menyumbang kepada dunia penjagaan kucing.

Di Tuahvet, anda akan berpeluang untuk mengembangkan kebolehan merawat kucing dibantu oleh doktor veterinar yang berpengalaman beserta pelbagai kemudahan diagnostik selari dengan keperluan semasa. Mari bersama memberi impak positif kepada komuniti anak bulus di luar sana!

Hantarkan resume anda di hrtuahvet2023@gmail.com

This will close in 20 seconds

Buka SETIAP HARI : 10.00 pagi sehingga 7.00 malam | Rehat 1.30 tengah hari sehingga 3.00 petang.

X
Open chat
Hi, apa yang boleh saya bantu?